Anda mahu Develop Projek Apps Anda? Whatsapp Idea anda kepada: FairuzRamli 0136788888

Projek IT Kami

Projek IT Kami

Projek IT
Projek IT


Anda boleh cuba tengok tengok projek kami di bawah. Kami boleh custom untuk anda. Ini hanyalah idea sahaja. Kami boleh develop untuk anda dalam bentuk online web based system, android ataupun iOS.....no problem.







Projek Ward Round System

Projek ini dibangunkan untuk kegunaan doktor yang merawat dan membuat ward round dimana mereka tidak perlu berusah payah menulis rekod dan menyemak fail fail rekod untuk membuat keputusan atas rawatan yang ingin mereka lakukan. Sistem ini juga ada bahagian untuk jururawat nurse dan admin yang menjaga sistem.


Projek Block Chain System

Projek ini dibangunkan untuk menggunakan konsep block chain ke dalam aplikasi QR Code. Ia boleh digunakan untuk verifikasi ketulenan pada tahap yang jauh lebih tinggi daripada biasa.
Boleh diaplikasikan ke dalam Sijil Ijazah Universiti dan juga Transkrip Ijazah.

Anda bayangkan, kami realisasikan





















Read More >>

iOS Programmer Malaysia

iOS Programmer Malaysia

Adakah anda mencari programmer iOS ataupun iPhone apps programmer? Anda berada di tempat yang betul. Perisian untuk iOS dari Apple ini agak rumit tapi ianya bukan halangan. Terdapat bilangan yang besar untuk pengguna OS apple ini, jadi permintaan untuk membangunkan mobile apps untuk iOS sangat besar. Tambahan pula untuk setiap mobile apps yang dibangunkan untuk android, telah menjadi satu kemestian untuk dibangunkan juga dalam versi iOS.

Kami dengan kepakaran dalam bidang mobile apps akan membantu anda membangunkan dan merealisasikan idea anda.

Hubungi kami segera untuk perbincangan lebih lanjut.

iOS Programmer Malaysia
iOS Programmer Malaysia



Sejarah iOS

iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem pengendalian peranti bergerak yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 untuk iPhone dan iPod Touch, penggunaannya diperluaskan kepada iPad dan juga Apple TV. Tidak seperti sistem pengendalian peranti bergerak yang lain, Apple tidak memberi lesen untuk menggunakan iOS selain peranti Apple.

iOS berasal dari OS X, di mana ia juga berkongsi dengan asas Darwin, dan kerana ini boleh dikatakan sebagai sistem pengendalian Unix. iOS juga boleh dikatakan sebagai OS X versi peranti bergerak Apple.

Ia mempunyai 4 lapisan pengabstrakan:

Lapisan sistem pengoperasian Core
lapisan Core Services
lapisan media
lapisan Cocoa Touch

Sistem pengendalian ini ditunjuk kepada umum semasa pengunguman iPhone yang pertama pada 9 Januari 2007. Pada waktu ini, Apple tidak memberi nama kepada sistem pengendalian ini sebaliknya hanya menyatakan "iPhone yang dilengkapi dengan OS X". Pada mulanya, perisian pihak ketiga tidak dibenarkan untuk dijalankan secara terus dari perisian iPhone, sebaliknya perisian pihak ketiga akan dijalankan melalui pelayar web Safari membuatkan perisian-perisian ini dipanggil webapps.Pada Pertengahan Oktober 2007, Apple mengumumkan bahawa Kit Pembangunan Perisian (SDK) akan dikeluarkan bagi pembangun perisian membangunkan perisian untuk iPhone. Pada 6 Mac 2008, Apple mengeluarkan beta yang pertama bersama dengan nama yang baru "iPhone OS".

Apple memperluaskan lagi peranti yang disokong dengan memperkenalkan iPod Touch pada September 2007 dan iPad pada 2010.

Pada Jun 2010, Apple menamakan semula iPhone OS kepada "iOS". Cisco Systems adalah pemegang tanda dagangan "iOS". Untuk mengelakkan tuntutan mahkamah, Apple memperoleh tanda dagangan ini daripada Cisco.

Ciri ciri iOS


Menu Utama

Menu utama memaparkan ikon-ikon aplikasi dan terdapat tempat di bahagian bawah skrin yang dipanggil "dok". Pengguna akan dibawa ke menu utama apabila menekan butang utama. Terdapat bar status di bahagian atas yang memaparkan masa, tahap bateri dan kekuatan isyarat selular.

iOS 3 memperkenalkan fungsi Carian Spotlight dan berapa di "mukasurat" di bahagian paling kiri. Pengguna menggunakan fungsi ini untuk mencari fail media, aplikasi, e-mel, kenalan, mesej, peringatan dan kalendar.

Mulai iOS 4, pengguna boleh memilih gambar untuk digunakan sebagai latar belakang menu utama. Walau bagaimanapun, bukan semua peranti disokong terutamanya model-model sebelum iDevice generasi ketiga (iPhone 3GS, iPod Touch Generasi ketiga). iPad pula mempunyai fungsi ini sejak iOS 3.2.
Folder

Ciri folder diperkenalkan dalam iOS 4. Apabila satu aplikasi lain diheretkan ke atas aplikasi yang lain, ia akan membentuk satu folder yang baru. Menambah aplikasi ke dalam folder juga sama caranya dengan bilangan tertinggi aplikasi untuk satu folder ialah 12 untuk iPhone 4S, iPhone sebelumnya dan juga iPod Touch, 16 untuk iPhone 5 dan 20 untuk iPad. Nama folder akan dipilih secara automatik mengikut kategori aplikasi, tetapi pengguna juga boleh menamakan sendiri folder tersebut.
Pusat Pemberitahuan

Pusat Pemberitahuan (notification center) diperkenalkan dalam iOS 5. Pemberitahuan boleh dilihat dengan meleret turun dari bahagian atas skrin. Jika pengguna menyentuh salah satu pemberitahuan, aplikasi yang berkenaan akan dibuka.
Penugasan Berbilang

Sebelum iOS 4, penugasan berbilang (multitasking) terhad kepada beberapa aplikasi Apple sahaja. Bermula dengan iOS 4 (peranti generasi ketiga dan terbaru sahaja), penugasan berbilang disokong melalui tujuh API di latarbelakang.

    Audio latarbelakang - membenarkan aplikasi terus berfungsi selagi ia memainkan audio atau video
    Suara melalui Protokol Internet - Aplikasi dihentikan semasa tiada panggilan.
    Lokasi latarbelakang - Aplikasi diberitahui mengenai pertukaran lokasi.
    Pemberitahuan tolak - Server akan menolak pemberitahuan ke peranti pengguna setiap masa
    Pemberitahuan tempatan - aplikasi akan menghantar pemberitahuan secara berjadual
    Penyelesaian tugasan - aplikasi akan meminta sistem untuk memberikan sedikit masa untuk menyiapkan tugasan.
    Pertukaran aplikasi dengan pantas - aplikasi tidak menjalankan apa-apa kod dan boleh dibuang dari ingatan bila-bila masa

Tiga lagi API baru diperkenalkan dalam iOS 5

    Newsstand - aplikasi boleh memuat turun kandungan dan sedia untuk digunakan
    Aksesori luaran - Aplikasi berhubung dengan aksesori luaran dengan selang waktu tertentu
    Aksesori bluetooh - Aplikasi berhubung dengan aksesori bluetooth dengan selang waktu tertentu

Menukar aplikasi

Pengguna boleh menukar aplikasi dengan menekan butang utama dua kali dan boleh mengaktifkan penukar aplikasi yang terletak di bahagian bawah skrin.
Siri

Siri adalah pembantu peribadi pintar dan navigasi pengetahuan yang berfungsi sebagai aplikasi dalam peranti yang disokong. Siri, boleh diarah untuk melakukan tugas melalui input suara. Tugasan siri termasuklah membuat panggilan, membuka aplikasi, menghantar mesej, membuka laman sesawang, mencari maklumat sukan, memandu arah dan mencari lokasi serta menjawab soalan pengetahuan am.

Siri hanya disediakan pada peranti iPhone 4S, iPod Touch generasi ke-5, iPad Mini, iPad generasi ketiga (dengan sokongan iOS 6) dan peranti generasi selepasnya. Buat ketika ini, tiada sokongan Bahasa Melayu.









Read More >>

Android Programmer Malaysia

Android Programmer Malaysia

Adakah anda mencari programmer untuk membangunkan perisian dan aplikasi android? Anda daripada syarikat atau individu yang memerlukan pembangunan perisian untuk kegunaan anda dan urgent?

Android daripada Google merupakan platform OS mobile apps yang sangat besar dan popular. Pastinya mobile apps ini mempunyai potensi yang luas dan nilai komersil yang tinggi.

Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Hubungi kami tentang idea anda untuk pembangunan mobile apps android. Kita bincang secara win win ok.

Programmer Android Malaysia
Programmer Android Malaysia


Sejarah Android

Kerjasama dengan Android Inc.

Pada Julai 2000, Google bekerjasama dengan Android Inc., Syarikat yang berada di Palo Alto, California Amerika Syarikat. Para pengasas Android Inc. bekerja dengan Google, di antaranya Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears, dan Chris White. Pada masa itu banyak yang menganggap fungsi Android Inc. hanyalah sebagai peranti perisian telefon bimbit. Sejak dari itu muncul khabar angin bahawa Google hendak memasuki pasaran telefon bimbit. Di syarikat Google, pasukan yang dipimpin Rubin bertugas mengembangkan program peranti bimbit yang disokong oleh kernel Linux. Hal ini menunjukkan kesungguhan bahawa Google sedang bersiap menghadapi persaingan dalam pasaran telefon bimbit.[perlu rujukan]

2007-2008: Produk awal

Sekitar September 2007 sebuah kajian melaporkan bahawa Google mengajukan hak cipta aplikasi telefon bimbit (akhirnya Google memperkenalkan Nexus One, salah satu jenis telefon pintar GSM yang menggunakan Android dalam sistem operasinya. Telefon bimbit ini dihasilkan oleh HTC Corporation dan terdapat di pasaran pada 5 Januari, 2010).[perlu rujukan]

Pada 9 Disember 2008, diumumkan ahli baru yang menyertai program kerjasama Android ARM Holdings, Atheros Communications, dihasilkan oleh Asustek Computer Inc, Garmin Ltd, Softbank, Sony Ericsson, Toshiba Corp, dan Vodafone Group Plc. Seiring pembentukan Open Handset Alliance, OHA mengumumkan produk perdana mereka, Android, peranti mudah alih (mobile) yang merupakan pengubahsuaian kernel Linux 2.6. Sejak Android dikeluarkan telah dilakukan pelbagai kemas berupa pembaikan bug dan penambahan ciri baru.[perlu rujukan]

Telefon pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC Dream, yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2008. Pada penghujung tahun 2009 dianggarkan di dunia ini sekurang-kurangnya terdapat 18 jenis telefon bimbit yang menggunakan Android.


Android versi 1.1

Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini dilengkapi dengan kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice search (carian suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel.


Android versi 1.5 (Cupcake)

Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit dengan menggunakan Android dan SDK (Software Development Kit) dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa kemas kini termasuk juga penambahan beberapa ciri-ciri dalam telefon bimbit versi ini iaitu kemampuan merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat video ke Youtube dan gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara automatik ke alat dengar Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan sistem.


Android versi 1.6 (Donut)

Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September 2009 dengan menampilkan proses carian yang lebih baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan; kamera, camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to change speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA.


Android versi 2.0/2.1 (Eclair)

Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan versi 2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan(phone contacts) yang baru, sokongan flash untuk kamera 3 , 2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1.Untuk bergerak cepat dalam persaingan peranti generasi ini, Google melakukan pelaburan dengan mengadakan pertandingan aplikasi mobile terbaik (killer apps - aplikasi unggulan). Pertandingan ini berhadiah $ 25,000 bagi setiap pemaju aplikasi terpilih. Pertandingan diadakan selama dua tahap yang tiap tahapnya dipilih 50 aplikasi terbaik.Dengan semakin berkembangnya dan semakin bertambahnya jumlah telefon Android, semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi mereka kepada sistem operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke dalam sistem operasi Android adalah Shazam, Backgrounds, dan WeatherBug. Sistem operasi Android dalam laman Internet juga dianggap penting untuk mencipta aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace dan Facebook.


Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)

Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi Android Market.


Android versi 2.3 (Gingerbread)

Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan. Perubahan-perubahan am yang didapati dari Android versi ini antara lain peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, skrin antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format video VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost), sokongan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera yang lebih daripada satu.


Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)

Android Honeycomb direka khusus untuk tablet. Android versi ini menyokong saiz skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeza kerana sudah direka untuk tablet. Honeycomb juga menyokong multi pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan (hardware) untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycomb adalah Motorola Xoom.


Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)

Diumumkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb untuk smartphone dan menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan kawalan, kenalan rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi, mencari e-mel secara offline, dan berkongsi maklumat dengan menggunakan NFC .


Android versi 4.2 (Jelly Bean)

Android versi 4.4 (KitKat)

Versi ini diumumkan dan diluncurkan pada tahun 2013, dalam waktu yang hampir bersamaan dengan Nexus 5.

Android versi 5.0 (Lollipop)

Versi ini diluncurkan pada tanggal 12 November 2014 (13 November kalau di Indonesia). Versi ini membawa banyak sekali fitur baru, di antaranya Material Design, tampilan yang lebih modern, dan ada fitur untuk menambah pengguna baru.

Android Versi 6.0 (Muffin)

Versi ini adalah versi tidak stabil terbaru pada sistem operasi Android


Read More >>

Servis Software Developer Malaysia

Servis Software Developer Malaysia

Programming services malaysia
Programming services malaysia


Terdapat banyak servis yang kami tawarkan:

  •     Pembagunan custom software systems untuk syarikat dan individu atas  multiple platform.

  •     Pembangunan Android apps dan iOS apps.

  •     Pembangunan custom software atas hardware seperti SmartCard reader, Thumb print reader, PDAs, RFID dan Handphones .

  •      IT Projects Outsource.
  •     Web based application programming.

  •     Macro Programming.

  •     Open source projects modification and customization ( Eg. Joomla, WordPress, OsCommerce, and etc ).

  •     Integrasi Payment gateway untuk shopping carts including Paypal, E-Gold, NBePay and etc.
Untuk projek ICT, software, mobile application, selain daripada di atas, anda boleh hubungi kami.


Read More >>

Freelance Programmer Malaysia

Freelance Programmer Malaysia

freelance programmer malaysia
freelance programmer malaysia


Adakah anda mencari freelance programmer untuk projek anda? Anda mencari programmer yang mahir dan cekap untuk menyiapkan projek software development, php system, web system, mobile application, ios apps, android apps dan lain lain?

Anda berada di tempat yang betul. Pastikan anda mengisi borang online kami dan memberikan maklumat yang spesifik supaya pihak kami dapat memberikan harga yang lebih tepat. Anda puas hati, kami pun puas hati. Senang berurusan. Kerja kerja programmer adalah kerja yang rumit dan complicated jadi biarlah urusan kita jelas dan win win betul tak?

Kami telah mempunyai pengalaman luas dalam membangunkan pelbagai disiplin pembangunan perisian dan sistem. Jika anda mempunyai idea, kami juga berminat untuk menjalinkan kerjasama.

Kami berurusan dengan pelbagai pihak dari agensi kerajaan, syarikat swasta dan orang perseorangan. Kami juga membantu assist dalam pembangunan perisian dan sistem yang sedang berjalan.

Freelancer Programmer Wanted


Adakah anda freelance programmer yang sedang mencari projek? Anda juga boleh hubungi kami. Lebih besar network, lebih cepat projek dapat diselesaikan. Hanya freelancer programmer yang serius sahaja ye.






Read More >>

Copyright © Programmer, Servis Develop Software, System and Mobile Application Designed by azhafizah.com