Anda mahu Develop Projek Apps Anda? Whatsapp Idea anda kepada: FairuzRamli 0136788888

iOS Programmer Malaysia

iOS Programmer Malaysia

Adakah anda mencari programmer iOS ataupun iPhone apps programmer? Anda berada di tempat yang betul. Perisian untuk iOS dari Apple ini agak rumit tapi ianya bukan halangan. Terdapat bilangan yang besar untuk pengguna OS apple ini, jadi permintaan untuk membangunkan mobile apps untuk iOS sangat besar. Tambahan pula untuk setiap mobile apps yang dibangunkan untuk android, telah menjadi satu kemestian untuk dibangunkan juga dalam versi iOS.

Kami dengan kepakaran dalam bidang mobile apps akan membantu anda membangunkan dan merealisasikan idea anda.

Hubungi kami segera untuk perbincangan lebih lanjut.

iOS Programmer Malaysia
iOS Programmer Malaysia



Sejarah iOS

iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem pengendalian peranti bergerak yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 untuk iPhone dan iPod Touch, penggunaannya diperluaskan kepada iPad dan juga Apple TV. Tidak seperti sistem pengendalian peranti bergerak yang lain, Apple tidak memberi lesen untuk menggunakan iOS selain peranti Apple.

iOS berasal dari OS X, di mana ia juga berkongsi dengan asas Darwin, dan kerana ini boleh dikatakan sebagai sistem pengendalian Unix. iOS juga boleh dikatakan sebagai OS X versi peranti bergerak Apple.

Ia mempunyai 4 lapisan pengabstrakan:

Lapisan sistem pengoperasian Core
lapisan Core Services
lapisan media
lapisan Cocoa Touch

Sistem pengendalian ini ditunjuk kepada umum semasa pengunguman iPhone yang pertama pada 9 Januari 2007. Pada waktu ini, Apple tidak memberi nama kepada sistem pengendalian ini sebaliknya hanya menyatakan "iPhone yang dilengkapi dengan OS X". Pada mulanya, perisian pihak ketiga tidak dibenarkan untuk dijalankan secara terus dari perisian iPhone, sebaliknya perisian pihak ketiga akan dijalankan melalui pelayar web Safari membuatkan perisian-perisian ini dipanggil webapps.Pada Pertengahan Oktober 2007, Apple mengumumkan bahawa Kit Pembangunan Perisian (SDK) akan dikeluarkan bagi pembangun perisian membangunkan perisian untuk iPhone. Pada 6 Mac 2008, Apple mengeluarkan beta yang pertama bersama dengan nama yang baru "iPhone OS".

Apple memperluaskan lagi peranti yang disokong dengan memperkenalkan iPod Touch pada September 2007 dan iPad pada 2010.

Pada Jun 2010, Apple menamakan semula iPhone OS kepada "iOS". Cisco Systems adalah pemegang tanda dagangan "iOS". Untuk mengelakkan tuntutan mahkamah, Apple memperoleh tanda dagangan ini daripada Cisco.

Ciri ciri iOS


Menu Utama

Menu utama memaparkan ikon-ikon aplikasi dan terdapat tempat di bahagian bawah skrin yang dipanggil "dok". Pengguna akan dibawa ke menu utama apabila menekan butang utama. Terdapat bar status di bahagian atas yang memaparkan masa, tahap bateri dan kekuatan isyarat selular.

iOS 3 memperkenalkan fungsi Carian Spotlight dan berapa di "mukasurat" di bahagian paling kiri. Pengguna menggunakan fungsi ini untuk mencari fail media, aplikasi, e-mel, kenalan, mesej, peringatan dan kalendar.

Mulai iOS 4, pengguna boleh memilih gambar untuk digunakan sebagai latar belakang menu utama. Walau bagaimanapun, bukan semua peranti disokong terutamanya model-model sebelum iDevice generasi ketiga (iPhone 3GS, iPod Touch Generasi ketiga). iPad pula mempunyai fungsi ini sejak iOS 3.2.
Folder

Ciri folder diperkenalkan dalam iOS 4. Apabila satu aplikasi lain diheretkan ke atas aplikasi yang lain, ia akan membentuk satu folder yang baru. Menambah aplikasi ke dalam folder juga sama caranya dengan bilangan tertinggi aplikasi untuk satu folder ialah 12 untuk iPhone 4S, iPhone sebelumnya dan juga iPod Touch, 16 untuk iPhone 5 dan 20 untuk iPad. Nama folder akan dipilih secara automatik mengikut kategori aplikasi, tetapi pengguna juga boleh menamakan sendiri folder tersebut.
Pusat Pemberitahuan

Pusat Pemberitahuan (notification center) diperkenalkan dalam iOS 5. Pemberitahuan boleh dilihat dengan meleret turun dari bahagian atas skrin. Jika pengguna menyentuh salah satu pemberitahuan, aplikasi yang berkenaan akan dibuka.
Penugasan Berbilang

Sebelum iOS 4, penugasan berbilang (multitasking) terhad kepada beberapa aplikasi Apple sahaja. Bermula dengan iOS 4 (peranti generasi ketiga dan terbaru sahaja), penugasan berbilang disokong melalui tujuh API di latarbelakang.

    Audio latarbelakang - membenarkan aplikasi terus berfungsi selagi ia memainkan audio atau video
    Suara melalui Protokol Internet - Aplikasi dihentikan semasa tiada panggilan.
    Lokasi latarbelakang - Aplikasi diberitahui mengenai pertukaran lokasi.
    Pemberitahuan tolak - Server akan menolak pemberitahuan ke peranti pengguna setiap masa
    Pemberitahuan tempatan - aplikasi akan menghantar pemberitahuan secara berjadual
    Penyelesaian tugasan - aplikasi akan meminta sistem untuk memberikan sedikit masa untuk menyiapkan tugasan.
    Pertukaran aplikasi dengan pantas - aplikasi tidak menjalankan apa-apa kod dan boleh dibuang dari ingatan bila-bila masa

Tiga lagi API baru diperkenalkan dalam iOS 5

    Newsstand - aplikasi boleh memuat turun kandungan dan sedia untuk digunakan
    Aksesori luaran - Aplikasi berhubung dengan aksesori luaran dengan selang waktu tertentu
    Aksesori bluetooh - Aplikasi berhubung dengan aksesori bluetooth dengan selang waktu tertentu

Menukar aplikasi

Pengguna boleh menukar aplikasi dengan menekan butang utama dua kali dan boleh mengaktifkan penukar aplikasi yang terletak di bahagian bawah skrin.
Siri

Siri adalah pembantu peribadi pintar dan navigasi pengetahuan yang berfungsi sebagai aplikasi dalam peranti yang disokong. Siri, boleh diarah untuk melakukan tugas melalui input suara. Tugasan siri termasuklah membuat panggilan, membuka aplikasi, menghantar mesej, membuka laman sesawang, mencari maklumat sukan, memandu arah dan mencari lokasi serta menjawab soalan pengetahuan am.

Siri hanya disediakan pada peranti iPhone 4S, iPod Touch generasi ke-5, iPad Mini, iPad generasi ketiga (dengan sokongan iOS 6) dan peranti generasi selepasnya. Buat ketika ini, tiada sokongan Bahasa Melayu.









Copyright © Programmer, Servis Develop Software, System and Mobile Application Designed by azhafizah.com